|
....................................................................................................................................................................................... MAKLUMAN PENTING
Adalah dimaklumkan bahawa mulai Semester Julai – November 2009, semua pelajar semester 4, 5 & 6 Program Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Perkhidmatan Makanan (HM222) akan ditempatkan di UiTM Puncak Alam. Sehubungan itu, pelajar-pelajar yang terlibat dikehendaki membuat pendaftaran kolej di Pejabat Pengurusan Kolej UiTM Puncak Alam pada 5 Julai 2009 dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.
Pelajar-pelajar juga dikehendaki membawa bersama dokumen-dokumen berikut :-
(i) Gambar berukuran passport (5 keping) (ii) Slip pendapatan ibu/bapa (iii) Slip keputusan peperiksaan (terkini) Sebarang pertanyaan sila hubungi :
Puan Marwati Abu Amar Penolong Pengurus Asrama UiTM Puncak Alam 03-32584120 / 03-32584121
.......................................................................................................................................................................................
|